ݡkarya hana
Hanya Satu Permintaan

Hi! This is Hana.
Blog ini adalah untuk hana post karya hana yang bertajuk " Hanya Satu Permintaan "



SINOPSIS
Seperti biasa, jika aku berjalan di koridor, semua pelajar akan berdiri di tepi koridor dan hanya bercakap sesama mereka. Tidak ada yang berani berjalan bersama-sama aku. Bagi mereka, aku ini seperti anak VIP yang sedang berjalan di atas karpet merah. Hakikatnya, aku ini hanyalah pelajar sekolah menengah tinggi biasa seperti mereka. Aku sudah lali dengan bisikan-bisikan mereka seperti; 'lihat itu, Mia-sama! Cantiknya dia!', 'Mia-sama nampak elegan seperti biasa. Aku tak berani nak jalan dengan dia. Rasa macam langit dengan bumi sahaja,' dan pelbagai lagi. Kadang-kadang... Perkara sebegini membuatkan aku berasa sangat sunyi. Aku cuma mahukan kehidupan yang sama seperti para remaja yang lain. Aku... tidak perlukan populariti ini.

"Kalau Mia buat permintaan, agak-agak dimakbulkan tak?"
"Kan bagus kalau Mia masuk ke dunia lain..."
"Mia... tidak diperlukan di sini".
"Eh, apa yang berlaku ini?! Mana bilik Mia tadi? Apasal Mia nampak putih sahaja ini?"

Permintaan Mia dimakbulkan?! Bolehkah Mia meneruskan hidupnya di dunia yang lain?
Ikutilah, kisah yang penuh imaginasi lagi fantasi!